Cari:
ASEAN Teruskan Perbincangan Zon Waktu Seragam
2015-01-29 12:23:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
ASEAN akan meneruskan perbincangan untuk mempertimbangkan zon waktu seragam ASEAN bagi bandar raya ibu negara ASEAN, kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kota Kinabalu semalam, beliau berkata, perkara itu terus dibincangkan kerana terdapat banyak sebab yang kukuh untuk mempunyai zon waktu seragam.

Anifah menyatakan perkara ini bukan cadangan baharu. Perkara ini pernah dibincangkan oleh para pemimpin ASEAN seawal tahun 1995 dan dibincangkan semula sekitar tahun 2004.

Beliau berkata, dengan integrasi dan penyepaduan Komuniti ASEAN menjelang penghujung tahun ini, Malaysia berpendapat bahawa zon waktu seragam bagi ibu negara ASEAN merupakan satu pandangan yang wajar untuk dipertimbangkan.

Antara manfaat zon waktu seragam bagi rantau ini adalah untuk mengukuhkan hubungan perniagaan dan kerjasama antara kerajaan ASEAN dengan negara-negara lain di Asia. (sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China