Cari:
Singapura Semak Semula Dasar Pertukaran Mata Wang
2015-01-29 13:40:15 CRI Cetak

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dalam mesyuarat bukan konvensional semalam tanpa disangka mengumumkan keputusan untuk menyemak semula dasar pertukaran mata wangnya bagi memperlahankan kenaikan kadar pertukaran antara SGD dengan kumpulan mata wang asing lain.

Keputusan tersebut dibuat berikutan penurunan mendadak harga minyak antarabangsa dan kadar inflasi Singapura yang dijangka berada pada tahap yang lebih rendah pada tahun ini.

Langkah itu menyebabkan kadar pertukaran SGD dengan USD menurun sehingga 1.3%, iaitu rekod terendah sejak bulan November tahun 2011.

MAS menyatakan walaupun dasar tersebut disemak semula, tetapi julat turun naik kadar pertukaran mata wang masih dikekalkan, yang bermakna penyemakan dasar berkenaan masih sederhana.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China