Cari:
Forum Pelancongan ASEAN di Myanmar
2015-01-29 14:17:18 CRI Cetak

Forum Pelancongan ASEAN ke-34 dirasmikan di Nay Pyi Daw, Myanmar pada 26 Januari lalu, yang dihadiri menteri pelancongan negara ASEAN dan Ketua Setiausaha Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB.

Presiden Myanmar, U Thein Sein, ketika berucap dalam majlis perasmian forum itu menegaskan antara kejayaan besar yang dicapai negaranya pada tahun 2014 termasuk berperanan sebagai pengerusi bergilir ASEAN, mencapai kemajuan yang ketara dalam usaha pembaharuan khususnya dalam bidang pelancongan dan telekomunikasi, serta tapak peninggalan sejarah, kota kuno Pyu, disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO.

U Thein Sein menyatakan bahawa industri pelancongan merupakan enjin pembangunan ekonomi tetapi secara tidak langsung juga akan menyebabkan pengaruh yang negatif terhadap budaya, alam semula jadi dan sosial. Dalam pada itu, Myanmar dengan kerjasama rakan antarabangsa telah memperkenalkan Dasar Pelancongan yang Bertanggungjawab dan Dasar Mengenai Penyertaan Komuniti dalam Industri Pelancongan.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan dan Perhotelan Myanmar dengan bantuan kerajaan Norway dan Bank Pembangunan Asia juga telah menggubal Pelan Pembangunan Pelancongan Myanmar 2013-2020, yang bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan ekonomi, alam sekitar dan budaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China