Cari:
China, ASEAN Galakkan Rundingan COC
2015-01-31 15:55:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pelbagai pihak berkenaan diharap memperkasakan kerjasama untuk mewujudkan suasana yang baik bagi rundingan berhubung Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Dimaklumkan, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman selepas menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kota Kinabalu, Sabah Malaysia pada 28 Januari lalu menyatakan bahawa menteri-menteri luar negara anggota ASEAN bersetuju untuk menggalakkan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan (DOC) secara menyeluruh dan berkesan demi pencapaian COC dengan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Hua berkata, pelbagai pihak berkenaan telah bersetuju mencapai COC berdasarkan persepakatan dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China