Cari:
Guangxi Bina Platform Kerjasama E-Dagang Sasarkan Pasaran ASEAN
2015-01-31 16:12:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan wilayah Guangxi, China akan menggunakan kelebihan lokasi yang berhampiran dengan ASEAN untuk membina platform urus niaga yang berorentasikan pasaran dan antarabangsa, meneroka bidang kerjasama baharu dengan ASEAN, mendorong penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA)bagi perkembangan e-dagang di kawasan Teluk Beibu.

Ketua Pengarah Pusat Ekonomi Guangxi China bagi Pertukaran Dengan Luar, Tang Ligui berkata demikian dalam Forum Kerjasama E-Dagang Rentas Sempadan Komoditi Pukal Teluk Beibu yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Konsul Konsulat Jeneral Kemboja dan Myanmar di Nanning yang menghadiri forum tersebut sepakat berpendapat, pembinaan platform kerjasama e-dagang yang menyasarkan pasaran ASEAN tersebut akan memainkan peranan penting untuk memacu industri perlombongan ASEAN. Syarikat ASEAN berkenaan dipercayai dapat memasuki pasaran China dengan menggunakan platform e-dagang tersebut bagi mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara ASEAN dan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China