Cari:
Pencarian MH370 Bakal Ditamatkan Menjelang Penghujung Bulan Mei
2015-01-31 14:49:34 CRI Cetak

Operasi pencarian pesawat MH370 di dasar laut akan ditamatkan menjelang penghujung bulan Mei, sekarang pencarian telah dijalankan terhadap kawasan seluas satu pertiga daripada jumlah keluasan kawasan perairan yang terlibat.

Pegawai Jabatan Penerbangan Awam(DCA) Malaysia dalam majlis taklimat teknologi yang diadakan di Putrajaya semalam menyatakan bahawa cuaca buruk akan menjejaskan operasi pencarian selepas bulan Mei berikutan ombak laut akan mencatat ketinggian 12 hingga 15 meter di kawasan perairan berkenaan.

Menurut pegawai itu, jika pesawat MH370 tidak dapat ditemukan, pihaknya akan membincangkan semula rancangan penyelesaian yang lain berdasarkan data-data yang sedia ada.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China