Cari:
Saluran Paip Minyak China-Myanmar Beroperasi di Pelabuhan Pulau Maday
2015-01-31 15:24:21 CRI Cetak

Saluran paip minyak China-Myanmar yang terletak di pelabuhan Pulau Maday, Myanmar beroperasi secara rasmi semalam.

Pada pagi semalam, Menteri Sumber Tenaga Myanmar, U Zayar Aung bersama Duta Besar China ke Myanmar, Yang Houlan bersama-sama membuka injap untuk mengisikan minyak yang dibeli dari Asia Barat daripada tangki minyak kapal kepada tangki minyak di pelabuhan Pulau Maday.

Dalam majlis pengoperasian itu, U Zayar Aung menyatakan bahawa minyak mentah akan dihantar ke China dari pelabuhan Pulau Maday melalui saluran paip minyak itu, serentak itu, minyak juga boleh digunakan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi Myanmar dan memberikan manfaat kepada rakyat Myanmar.

Yang Houlan yakin pengoperasian saluran paip minyak China-Myanmar akan melahirkan pengaruh yang positif terhadap usaha memperkukuh perkongsian strategik kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China