Cari:
QZ8501:Juruterbang Kendali Prosedur Luar Biasa
2015-02-01 14:58:04 CRI Cetak

GAMBAR bertarikh 19 Januari lalu menunjukkan seorang anggota polis Indonesia berkawal berhampiran serpihan bangkai pesawat AirAsia QZ8501 di sebuah gudang di pelabuhan Kumai di Pangkalan Bun. – AP

Kapten pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa Indonesia pada bulan Disember 2014, didakwa tidak mengendalikan kapal terbang tersebut kerana sedang melakukan satu prosedur yang tidak mengikut peraturan apabila pembantu juruterbang hilang kawalan terhadap pesawat berkenaan.

Sumber Reuters berkata, Kapten Iriyanto dilaporkan bergerak dari tempat duduknya yang menyebabkan pesawat itu dikendalikan oleh pembantu juruterbang, Remy Plesel dan apabila beliau kembali mengambil alih kawalan pesawat, sudah terlalu lewat untuk menyelamatkan keadaan.

Maklumat tentang saat-saat akhir pesawat QZ8501 kemungkinan menyebabkan siasatan memberi sebahagian fokus kepada penyelenggaraan, prosedur dan latihan walaupun pihak berkuasa Indonesia menegaskan, masih terlalu awal untuk menentukan punca nahas tersebut.

Pesawat QZ8501 tersebut dipercayai mengalami kesilapan penyelenggaraan melibatkan komputer kawalan penerbangan utama, dan sumber yang mahir dengan perkara itu mendakwa Iriyanto telah menerbangkan pesawat yang sama, beberapa hari sebelum nahas berlaku, dengan kerosakan tersebut. (Sumber dari Utusan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China