Cari:
MAS Bayar Pampasan dalam Tempoh Tiga Minggu
2015-02-02 14:00:14 CRI Cetak

Wang pampasan mangsa tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan dimasukkan ke dalam akaun waris kira-kira tiga minggu selepas proses dokumentasi dan kertas kerja selesai.

Pengarah Krisis MH370 dan MH17 Malaysia, Fuad Sharuji berkata, terlebih dahulu waris perlu membuktikan pertalian dengan mangsa dengan memberikan dokumen seperti sijil kelahiran dan sijil perkahwinan yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Menurut beliau, selepas dokumen berkenaan sudah disahkan dan diserahkan, maka bayaran akan dibuat terus ke dalam akaun waris dalam tempoh tiga minggu.

Fuad berkata, jumlah pampasan dijangka akan dibayar lebih daripada apa yang ditetapkan oleh Konvensyen Montreal 1999 tetapi jumlah pampasan tersebut tidak boleh didedahkan lagi. (Sumber dari Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China