Cari:
QZ8501: Satu Mayat Sukar Dikeluarkan
2015-02-03 16:08:31 CRI Cetak

Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari mayat nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar laut berdepan dengan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa berikutan keadaan serpihan pesawat yang sudah berkecai.

Seorang penyelam dari kelab Indonesian Divers (I-Divers) turut memaklumkan terdapat satu mayat mangsa yang ditemukan sukar dikeluarkan kerana terbelit pada kabel pesawat.

Memasuki hari kedua pencarian selepas Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia memberikan rehat dua hari kepada pasukan penyelam sebelum ini, empat mayat baharu berjaya dikeluarkan setakat pagi semalam. Tiga mayat yang lain akan diangkat oleh penyelam berikutnya.

(Sumber dari Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China