Cari:
MILF Dakwa Zulkifli Hir Terbunuh
2015-02-04 16:07:38 CRI Cetak

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Filipina mendakwa pengganas, Zulkifli Hir atau Marwan telah terbunuh dalam pertempuran dengan polis dan kumpulan tersebut di Mamasapano, Maguindanao pada bulan lepas.

Ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal berkata, maklumat risikan mereka mengesahkan bahawa Zulkifli, pakar bom warga Malaysia, sudah meninggal dunia.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini mengambil sampel DNA daripada jari telunjuk tangan kanan dipercayai milik Zulkifli untuk diperiksa dengan DNA abangnya yang kini ditahan di penjara di Guantanamo.

Dalam satu kenyataan, FBI menyatakan pihaknya sudah menerima sampel tersebut dan kini sedang melakukan ujian, namun keputusannya dijangka mengambil masa untuk dikeluarkan.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China