Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tan Sri Dr Ng Yen Yen berkata, visa semasa ketibaan akan dikeluarkan kepada pelancong China yang berkunjung ke Malaysia melalui Singapura.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap pengusaha pelancongan akan memanfaatkan kemudahan dasar khas ini untuk menarik lebih ramai pelancong China melawat ke Malaysia.
Menurut beliau, ketibaan rakyat China mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pasaran Singapura. Dasar mesra jiran itu diharap dapat menggalakkan lebih ramai pelancong China berkunjung ke Singapura dahulu sebelum ke Malaysia.
(sumber Bernama)