Cari:
Jokowi Lawat Malaysia Hari Ini
2015-02-05 17:03:20 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo, melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula hari ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam berkata, ini merupakan lawatan pertama pemimpin yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu ke Malaysia selepas dipilih sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun lepas.

Jadual lawatan beliau, termasuklah upacara sambutan negara, menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta jamuan negara esok.

Jokowi dijadualkan mengadakan mesyuarat tertutup dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

(sumber Kosmo Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China