Cari:
Hishammuddin: Ancaman IS dalam Perhatian ASEAN
2015-02-05 17:04:21 CRI Cetak

Ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) sentiasa dipantau oleh negara-negara ASEAN kerana ini adalah satu perkara yang jauh lebih serius daripada pertimbangan politik dan polemik kaum.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika diminta mengulas mengenai sebuah video yang didakwa memaparkan juruterbang Jordan dibakar hidup-hidup yang dipercayai dilakukan oleh IS semalam.

Beliau memaklumkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuklah Polis Diraja Malaysia akan memperkukuh risikan susulan perkembangan kejadian di Syria yang disifatkannya cukup membimbangkan. Meskipun begitu, pengaruh IS di Malaysia masih terkawal.

Hishammuddin berkata dalam apa-apa juga keadaan sekalipun pihak pertahanan negara bersedia untuk menghadapinya.

(sumber Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China