Cari:
Malaysia Sasarkan Ketibaan 14 Juta Pelancong Singapura
2015-02-06 13:52:40 CRI Cetak
Susulan pelancaran Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015), Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan 14 juta pelancong dari Singapura tahun ini. Menurut Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tan Sri Dr. Ng Yen Yen, Singapura merupakan pasaran penting dan Malaysia akan memberikan produk yang baik secara berterusan kepada rakyat Singapura. Dua tahun lalu, Malaysia menerima kedatangan 13.5 juta pelancong dari Singapura. Beliau bercakap kepada pemberita di Singapura. Bertemakan 'Endless Celebrations', MyFest 2015 berlangsung sepanjang tahun itu menawarkan lebih 200 acara berkaitan festival kebudayaan, seni dan persembahan

muzik, promosi makanan, membeli-belah, dan sukan. Antaranya, Festival Cahaya KL pada Januari; Festival Mah-Meri dan Festival Formula Satu, kedua-duanya pada Mac; Festival Muzik Dunia Pulau Pinang pada April; Magic of the Night pada Mei; Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia pada Ogos; Grand Prix Motosikal Malaysia pada Oktober; dan Jualan Akhir Tahun Malaysia pada November serta Disember.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China