Cari:
10 Negara ASEAN Mampu Tangani IS
2015-02-07 14:33:33 CRI Cetak

Ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) mampu ditangani lebih baik, sekiranya ada kerjasama antara 10 negara ASEAN bagi mengawal pergerakan manusia atau ideologi yang menjurus kepada keganasan.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, pergerakan manusia sama ada dari negara destinasi, transit atau negara sasaran di Syria adalah melibatkan semua negara, maka setiap negara berkaitan boleh memainkan peranan dan mengambil langkah pengawalan serius.

(sumber UTUSAN ONLINE)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China