Cari:
QZ8501: Jenazah Dipercayai Juruterbang Ditemui
2015-02-08 14:38:41 CRI Cetak

Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari serpihan dan baki mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya menemui bahagian kokpit pesawat dan membawa keluar satu jenazah dipercayai juruterbangnya semalam.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo bagaimanapun memaklumkan gagal mengenalpasti sama ada jenazah ditemui itu adalah juruterbang pesawat, Iriyanto atau pembantunya, Remy Plesel.

Menurut Soelistyo, satu jenazah dipercayai juruterbang sudah berjaya dipindahkan. Pihaknya yakin jenazah itu adalah juruterbang kerana pakaian seragam dan lokasi penemuannya di kerusi kokpit.

Kedudukan seorang lagi juruterbang juga sudah diketahui iaitu di kokpit dan pasukan penyelam akan dikerah untuk memindahkan jenazah berkenaan.

(sumber Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China