Cari:
Duta Indonesia:Lawatan Jokowi ke Malaysia Berjaya
2015-02-08 14:47:12 CRI Cetak
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) sangat berpuas hati dengan hasil lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sejak Khamis lalu.

Demikian dinyatakan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno semalam.

Kata beliau, Presiden Jokowi menyifatkan lawatan negara yang pertama ke Malaysia itu sebagai berjaya dan menghargai hospitaliti yang ditunjukkan pemimpin dan rakyat Malaysia sepanjang lawatan berkenaan. Selain itu, agenda lawatan dan perbincangan juga sesuai dengan harapan kedua-dua belah pihak.

Melalui perbincangan yang menyentuh pelbagai isu termasuk persempadanan maritim, kerjasama maritim dan pendidikan anak-anak Indonesia di Malaysia, Indonesia harap tiada lagi hal-hal bersifat negatif yang mengganggu hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China