Cari:
China Negara Sumber Pelancong Utama bagi Indonesia
2015-02-08 14:54:39 CRI Cetak

Menteri Pariwisata Indonesia, Arief Yahya baru-baru ini menyatakan, kedatangan pelancong luar negara ke Indonesia tahun lepas mencecah 9,435,411 orang antaranya 959,231 adalah dari China. Angka ini menjadikan kuasa terbesar di Asia itu sebagai negara sumber pelancong utama bagi Indonesia.

Dalam pada itu,Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Indroyono Soesilo berkata, kerajaan Indonesia akan memberikan layanan "bebas visa" kepada pelancong dari empat buah negara termasuk China, Jepun, Republik Korea dan Rusia dalam masa terdekat ini berikutan bilangan pelancong berkenaan dijangkakan sebanyak 20 juta pada tahun 2019.

Demi menarik lebih ramai pelancong China, syarikat penerbangan Garuda Indonesia menambah penerbangan langsung dari Beijing ke Pulau Bali pada awal tahun ini. Dengan demikian, Garuda sudah mempunyai empat penerbangan langsung ke China, termasuk penerbangan masing-masing dari Beijing, Shanghai dan Guangzhou ke Jakarta yang sedia ada. Selain itu, Garuda juga akan mengoperasikan penerbangan carter dari tujuh buah bandar China ke Pulau Bali, termasuk Harbin, Chongqing, Chengdu, Kunming, Xi'an, Shengyang dan Ningbo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China