Cari:
Malaysia dan Indonesia Mahu Satukan Zon Waktu ASEAN
2015-02-09 12:05:44 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo yang baru mengakhiri lawatan ke Malaysia bersetuju untuk terus mengadakan perbincangan dengan Malaysia supaya melaksanakan lebih awal cadangan menyatukan zon waktu di ASEAN anjuran Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia selaku pengerusi bergilir ASEAN tahun 2015, Najib Tun Razak beberapa kali mengemukakan cadangan tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar turut mengemukakan cadangan ini dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos. Menurut Najib, cadangan menyatukan zon waktu di ASEAN ini dapat membantu negara-negara ASEAN meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan kerjasama kerajaan, khususnya dapat meningkatkan pengawalan pasaran modal, kewangan dan bursa saham.

Jokowi pula berkata, penyatuan zon waktu di ASEAN merupakan tanda kerjasama dan bersatu padu pertubuhan serantau itu. Beliau menggesa negara-negara berkenaan membincangkan dan melaksanakan cadangan ini dengan lebih awal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China