Cari:
Lawatan Pertama Prayuth ke Jepun
2015-02-10 14:43:27 CRI Cetak

Perdana Menteri Sementara Thailand, Prayuth Chan-ocha mengadakan lawatan ke Jepun dan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Prayuth berkata, Thailand akan mengumumkan perlembagaan baharu pada bulan September dan menggubal undang-undang berkenaan pada bulan November serta mengadakan pilihan raya pada tahun ini. Beliau berharap agar pengumuman ini dapat menghilangkan kebimbangan pelabur Jepun di negara itu.

Shinzo Abe pula berkata, pihaknya akan terus meningkatkan penglibatan dalam pembinaan kemudahan infrastruktur di Thailand dan berkongsi kemajuan teknologi milik Jepun dengan Thailand.

Pemimpin kedua-dua negara tersebut turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama ekonomi selepas rundingan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China