Cari:
Pemimpin China, Vietnam Bincang Usaha Eratkan Hubungan Dua Hala
2015-02-12 16:09:39 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping mengadakan perbualan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọng menerusi telefon semalam.

Xi Jinping berkata, sejak penjalinan hubungan diplomatik China-Vietnam 65 tahun yang lalu, kerjasama dan persahabatan merupakan komponen penting dalam hubungan dua hala. Kedua-dua negara sedang berada dalam fasa pembaharuan yang penting, maka peningkatan saling kepercayaan politik, kerjasama yang saling menguntungkan, penyelesiaan perselisihan secara baik selaras dengan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara serta kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Nguyen Phu Trọng pula berkata, Vietnam sentiasa mengutamakan kerjasama dan persahabatan dengan China dan bersedia meningkatkan saling kepercayaan politik, menggalakkan pertukaran sosiobudaya dan perkembangan hubungan kedua-dua negara yang stabil dan sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China