Cari:
ASEAN Setuju Tukar Maklumat Perisikan Tangani IS
2015-02-12 16:12:44 CRI Cetak

Panglima tentera negara-negara ASEAN bersetuju untuk menubuhkan mekanisme pertukaran maklumat perisikan ketenteraan untuk mencegah Negara Islam (IS) berkembang di rantau ASEAN.

Persetujuan ini dicapai dalam Sidang Tidak Rasmi Ketua Angkatan Bersenjata ASEAN Ke-12 yang diadakan di Kuala Lumpur Selasa lalu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkefli bin Mohd. Zin setelah sidang itu berkata, jika negara-negara ASEAN tidak berjaga-jaga, aktiviti ganas akan menjejaskan keselamatan serantau. Maka, kerajaan harus berhati-hati untuk mencegah kegiatan kumpulan pengganas di Malaysia, malah rantau ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China