Cari:
Myanmar Bakal Adakan Pungutan Suara Penggubalan Perlembagaan
2015-02-12 14:18:29 CRI Cetak

Presiden Myanmar, U Thein Sein meluluskan keputusan untuk mengadakan pungutan suara tentang pemindaan perlembagaan. Namun kandungan perlembagaan yang akan terlibat dalam pungutan suara itu masih belum diketahui setakat ini. Sama ada fasal mengenai pemimpin parti pembangkang, Aung San Suu Kyi dilarang bertanding pilihan raya Presiden akan dipinda, menjadi tumpuan perhatian orang ramai.

Liga Demokrasi Kebangsaan Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi mengalu-alukan keputusan tersebut. Pihaknya pernah menyerahkan surat permohonan meminda perlembagaan pada bulan Julai lalu yang bertujuan untuk mengurangkan kuasa perundangan junta tentera dan meminda perlembagaan.

Mendiang suami dan dua anak lelaki Aung San Suu Kyi merupakan warga Britain. Ini bermakna beliau tidak layak untuk menjawat jawatan Presiden Myanmar walaupun parti pimpinannya menang dalam pilihan raya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China