Cari:
Filipina Akui Terima Perisikan Percubaan Rampasan Kuasa
2015-02-13 13:27:24 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin buat pertama kali mengakui bahawa pihaknya telah memperoleh maklumat perisikan mengenai percubaan rampasan kuasa untuk mengguling pemerintahan Presiden Benigno Aquino III. Kebenaran maklumat perisikan itu masih sedang disiasat.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis pendengaran di Dewan Senat mengenai kes 44 polis khas terkorban dalam serangan di kawasan selatan negara itu pada 25 Januari lalu.

Gazmin berjanji kepada rakyat bahawa tentera tidak akan terlibat dalam muslihat politik dan juga tidak akan menyokong rampasan kuasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China