Cari:
Malaysia Guna Satelit dalam Operasi SAR
2015-02-14 15:06:31 CRI Cetak
Malaysia mengambil langkah ke hadapan dalam memajukan sistem operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan teknologi tinggi berasaskan satelit iaitu Cospas-SARSAT.

Sistem bantuan SAR itu diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan agensi tersebut di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penggunaan Cospas-SARSAT menjadikan Malaysia setanding dengan negara-negara lain yang mempunyai sistem berteknologi tinggi.

Penggunaannya untuk menjejak isyarat dan lokasi dari 'beacon' kecemasan membolehkan perancangan dan pelaksanaan SAR dengan cepat serta lebih efektif.

- UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China