Cari:
China, Vietnam Sedia Eratkan Hubungan
2015-02-14 15:14:45 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Naib Perdana Menteri Vietnam merangkap Menteri Luar negara itu, Pham Binh Minh mengadakan perbualan melalui telefon semalam.

Yang berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Vietnam. Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi Pengerusi Vietnam, Nguyen Phu Trong melalui telefon baru-baru ini dan menjelaskan langkah untuk mengembangkan hubungan rakan kerjasama menyeluruh antara kedua-dua negara. Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala China-Vietnam perlu merapatkan interaksi, meningkatkan koordinasi, melaksanakan persepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, membuat persiapan bagi lawatan peringkat tinggi, merancang dan melaksanakan kerjasama dalam pelbagai bidang, menangani bersama isu lautan dengan baik, dan menggalakkan perkembangan hubungan hua hala.

Pham Binh Minh pula berkata, dialog pemimpin kedua-dua negara ini membawa makna yang penting demi mengembangkan hubungan antara kedua-dua parti dan negara. Pihaknya bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan China merancang tindakan konkrit demi menggalakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang berdasarkan persepakatan yang sedia ada, merapatkan interaksi peringkat tinggi, menggalakan kerjasama pragmatik dan interaksi sosiobudaya, dan bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China