Cari:
Bayaran Visa Pelancong China ke Malaysia Dikecualikan
2015-02-15 16:31:41 CRI Cetak
Semua permohonan visa bagi tujuan melancong oleh rakyat China ke Malaysia dikecualikan daripada bayaran fi visa pada kadar bersamaan dengan RM30 mulai 15 Februari hingga 31 Disember 2015.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, pengecualian fi visa ini dilaksanakan secara menyeluruh di semua pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang mengeluarkan visa kepada warga China.

Tempoh tinggal yang dibenarkan adalah 30 hari serta tidak boleh dilanjutkan dan syarat permohonan visa kekal seperti sedia ada.

Hal ini menarik perhatian bahawa langkah itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas berhubung dengan pemberian visa secara percuma kepada pelancong rakyat negara tertentu, antaranya dari China bagi menyokong promosi MyFest2015, sekali gus meningkatkan pendapatan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China