Cari:
VNA Minta Sokongan Hasrat Tubuh Konfederasi Berita ASEAN
2015-02-15 16:34:35 CRI Cetak

Agensi Berita Vietnam (VNA) meminta sokongan daripada agensi berita lain di rantau ASEAN untuk menubuhkan Konfederasi Berita ASEAN bagi membolehkan agensi berita ASEAN mempunyai "suara lebih besar" di rantau itu.
Pengarah Sekretariat dan Jabatan Pengarang VNA, Vu Viet Trang berkata, hal ini selaras dengan usaha ke arah penubuhan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, VNA telah membincangkan kemungkinan untuk menubuhkan konfederasi itu dengan agensi berita Indonesia, Antara, pada Jun tahun lepas.

Vu berkata, kesemua agensi berita di rantau itu perlu mengukuhkan kerjasama supaya mereka boleh menjadikan suara mereka lebih besar dan meluas di rantau ASEAN.
Beliau menambah, VNA dan Antara sedang berusaha dengan pihak-pihak berkaitan di Kemboja dan melibatkan diri dengan agensi-agensi berita negara ASEAN untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China