Cari:
Najib Keluarkan Perutusan Tahun Baharu Cina 2015
2015-02-19 12:26:31 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tahun Baharu Cina adalah antara perayaan yang disambut secara besar-besaran di Malaysia kerana mengingatkan rakyat tentang kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebuah negara luar biasa, manakala kesepaduan negara ini terjalin melalui kepelbagaian etnik, bahasa dan kepercayaan.

Demikian dinyatakan beliau dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2015 yang dimuatkan dalam blog beliau NajibRazak.Com pada Selasa lalu.

Menurut Najib, Tahun Baharu Cina mencerminkan permulaan kalendar baharu bagi masyarakat Cina dan sekali gus bermulanya lembaran baharu kehidupan.

Tambah beliau, hal ini juga merupakan masa bagi keluarga dan sahabat handai untuk berkumpul dan bersuka ria sambil menghargai yang lama dan meraikan yang baharu.

Najib juga mengalu-alukan kunjungan para pelancong ke negara ini pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Perdana Menteri Najib seterusnya berkata, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi negara pada tahun lepas, Tahun Baharu Cina ini diharap turut membuka lembaran baharu bagi Malaysia.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga akan terus menunaikan komitmennya terhadap gagasan 1Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu bagi mencapai Wawasan 2020 yang semakin menghampiri tahun sasarannya.

Beliau berharap Tahun Kambing akan terus membawa keharmonian dan perpaduan kukuh kepada Malaysia.

Beliau berkata, "Semoga Tahun Kambing juga membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan kepada kita semua. Selamat Tahun Baharu. Gong Xi Fa Cai," .

(Sumber dari The Rakyat Post Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China