Cari:
Yingluck Hadapi Dakwaan Jenayah
2015-02-20 11:12:00 CRI Cetak

Jabatan Peguam Negara Thailand secara rasmi mengemukakan dakwaan jenayah terhadap mantan Perdana Menteri negara itu, Yingluck Shinawatra kepada Mahkamah Tinggi semalam. Jurucakap Mahkamah Tinggi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan keputusan sama ada akan mengadakan perbicaraan atau tidak dalam tempoh sebulan. Yingluck mungkin akan menghadapi hukuman penjara selama 10 tahun jika sabit kesalahan.

Antara dakwaan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara Thailand termasuklah kesalahan menyeleweng duit kerajaan berhubung skim subsidi beras. Berdasarkan statistik, kerugian ini mencecah USD 18.5 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China