Cari:
Najib Hadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran MCA
2015-02-20 11:24:02 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA.

Ketibaan Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Noorainee, dengan berpakaian warna merah, di perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA yang diketui Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Noorainee yang meluangkan masa kira-kira sejam turut bersama-sama dengan beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Liow dan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel menggaul salad ikan mentah 'yee sang,' hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kesi­hatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz.

Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu sambil menyaksikan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika ditemu bual secara langsung oleh RTM berkata sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dihadiri rakyat berbilang kaum itu melambangkan perpaduan masyarakat Malaysia.

Najib turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya kepada masyarakat Cina.

Beliau berharap agar sambutan tahun ini, iaitu Tahun Kambing akan membawa kemakmuran, kejayaan dan rezeki serta kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berharap tahun 2015 akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara ini.

(Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China