Cari:
Tahun Baharu Cina Disambut Meriah Dalam Semangat 1Malaysia
2015-02-20 11:37:09 CRI Cetak

Tahun Baharu Cina yang disambut di Malaysia bukan hanya disambut oleh masyarakat Tionghua, namun turut dikongsi dengan pelbagai lapisan masyarakat di negara itu dalam semangat 1Malaysia.

Di Johor, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri dua rumah terbuka yang dihadiri ribuan tetamu yang menikmati pelbagai juadah dan persembahan tarian singa bersempena dengan sambutan Tahun Kambing yang dijangka membawa banyak kemakmuran dan tuah.

Di Kelantan, sambutan dibuat secara sederhana susulan proses pemulihan selepas kejadian banjir besar yang melanda Kelantan hujung tahun lepas, masih dilakukan. Persatuan Cina Malaysia (MCA) turut mengagihkan angpau RM500 kepada kira-kira 500 keluarga masyarakat Cina yang terjejas akibat banjir di Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu.

Di Pulau Pinang, kira-kira 8,000 orang daripada pelbagai kaum menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Arena SPICE.

Di Melaka, MCA Melaka tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di Jalan Kubu yang dihadiri ribuan tetamu pelbagai bangsa. Kawasan tarikan pelancong, antaranya Bandar Hilir dan Jonker Walk meriah dengan hiasan sambutan Tahun Baharu Cina serta kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

(Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China