Cari:
Indonesia Berazam Wujudkan Bekalan Makanan Sendiri
2015-02-20 11:35:33 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo(Jokowi), menyatakan Indonesia akan mewujudkan bekalan bahan makanan sendiri dalam tempoh empat tahun akan datang. Beliau optimis terhadap sasaran tersebut berikutan Indonesia kaya dengan sumber pertanian dan perikanan.

Dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Bahan Makanan yang diadakan di Jakarta baru-baru ini, Jokowi menyatakan menurut maklumat yang diketahuinya, pengeluaran hasil pertanian meningkat dengan pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu, beliau yakin atas sokongan kerajaan dan sektor swasta, kaedah penanaman yang boleh meningkatkan pengeluaran yang sedang digunakan di beberapa kawasan akan diperkenalkan ke seluruh negara dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China