Cari:
Indonesia Perbaiki Kemudahan Destinasi Pelancongan Utama
2015-02-20 11:36:48 CRI Cetak

Baru-baru ini, kerajaan Indonesia mengumumkan akan memperbaiki kemudahan destinasi pelancongan utama negara untuk menarik lebih banyak pelancong. Menteri Pekerjaan Umum Indonesia, Basuki menyatakan pihaknya akan memperbaiki kemudahan pengangkutan yang menuju ke destinasi pelancongan dan sambungannya dengan tempat lain.

Sehubungan dengan tugas tersebut, kerajaan Indonesia bersedia untuk membina semula jalan yang mengelilingi Tasik Toba, salah satu destinasi pelancongan utama negara itu. Tasik gunung api yang terbesar di dunia ini hanya berjarak 160 kilometer dari Medan, tetapi jika memandu kereta dari lapangan terbang ke Tasik Toba akan memakan masa kira-kira lima jam.

Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia menyatakan bahawa kerajaan berharap agar industri pelancongan menjadi salah satu penjana utama ekonomi Indonesia. Mesyuarat berkenaan juga telah disertai Presiden dan pegawai jabatan berkenaan. Jumlah pelancong ke Indonesia telah mencatat 8.8 juta orang pada tahun 2013, meningkat 10% berbanding dengan tahun 2012. Kerajaan Indonesia berharap agar angka tersebut akan meningkat kepada 20 juta orang dalam tempoh empat tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China