Cari:
Lee Hsien Loong Ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina Melalui Facebook
2015-02-20 11:38:01 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Singapura melalui video yang disiarkan dalam Facebook semalam. Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menyertai aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina kerana menjalani pembedahan, namun beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau.

Menurut Lee, tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Singapura. Singapura amat berjaya pada Tahun Kuda yang lalu dan pada permulaan Tahun Kambing ini, beliau berharap agar rakyat Singapura terus berusaha dan bersatu padu untuk menyambut hari kebangsaan ke-50.

Lee Hsien Loong dikesan menghidapi kanser prostat. Beliau telah menjalani pembedahan pada 16 Februari lalu dan pulang ke rumah kelmarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China