Cari:
Laporan Siasatan Tragedi QZ8501 Didedah Ogos Ini
2015-02-21 14:48:07 CRI Cetak

Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan menyatakan bahawa kerajaan akan mengeluarkan laporan siasatan tragedi pesawat penerbangan AirAsia QZ8501 pada Ogos nanti.

Beliau berkata, ahli Komisi Nasional Keselamatan Transpotasi (KNKT) yang kini sedang membuat siasatan akan mengeluarkan laporan akhir tragedi tersebut Ogos ini. Pihak pembuatan kapal terbang dan syarikat penerbangan AirAsia yang terlibat dalam siasatan tersebut haruslah menerima baik siasatan NTSC serta tidak campur tangan dalam hal itu.

Beliau juga memastikan laporan oleh KNKT tidak berat sebelah.

Pertubuhan Penerbangan Awam (ICAO) pula berkata, keputusan siasatan perlu mengandungi langkah-langkah membanteras kemalangan daripada berulang dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China