Cari:
Hubungan Luar Indonesia Tegang Akibat Hukuman Mati ke Atas Penyeludup Dadah
2015-02-22 13:25:37 CRI Cetak

Indonesia memanggil pulang duta baharunya ke Brazil selepas negara itu menunda majlis pengiktirafan pelantikannya, dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati negara tersebut terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas rak­yatnya berhubung kesalahan dadah.

Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan berkata, Toto Riyanto yang dilantik sebagai Duta ke Brazil pada Oktober lalu telah dijemput untuk menyerahkan watikah pelantikannya di Istana Presiden Brazil, semalam sebelum majlis tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa sebagai sebuah negara berdau­lat, tiada mana-mana negara atau pihak boleh mengganggu pelaksa­naan undang-undang di Indonesia.

Sebagai tindak balas atas insiden yang memalukan itu, Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Brazil sebelum mengarahkan Toto pulang ke tanah air.

Brazil dan Belanda sebelum ini bertindak memanggil pulang duta masing-masing di Indonesia selepas rakyat mereka dijatuhi hukum­an mati atas kesalahan mengedar dadah pada bulan lalu.

Hukuman itu dilaksanakan selepas Presiden Joko Widodo atau Jokowi tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan pelaksa­naan hukuman tersebut walaupun mendapat bantahan daripada Brazil, Australia dan Kesatuan Eropah.

----utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China