Cari:
Situasi Kokang Myanmar Semakin Pulih
2015-02-22 13:26:50 CRI Cetak

Situasi di kawasan Kokang Myanmar semakin pulih, dan tentera Myanmar akan terus mengambil tindakan supaya order di kawasan itu pulih seperti biasa. Demikian dimaklumkan oleh pihak tentera Myanmar dalam sidang media di Naypyidaw semalam.

Pihak tentera menyatakan bahawa setakat ini, seramai 54 anggota tentara Myanmar korban dan 105 lagi cedera dalam pertempuran dengan kumpulan militan Kokang yang pun dilaporkan terdapat 72 orang anggotanya diragut nyawa.

Menurut media tempatan, sebanyak13 kali pertempuran antara tentera kerajaan Myanmar dengan kumpulan militan yang disebut "Tentera Persekutuan Demokratik Bangsa Kokang" berlaku di kawasan Kokang pada 9 hingga 12 Februari lalu. Presiden Myanmar, U Thein Sein mengeluarkan perintah pada 17 Februari lalu untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Kokang selama 90 hari dan turut menitahkan pihak tentera mengambil alih sebarang kuasa di kawasan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China