Cari:
AirAsia Perkenal Pas dan Pas+ ASEAN
2015-02-24 13:19:00 CCTV Cetak

Air Asia memperkenalkan "Pas ASEAN AirAsia" dan "Pas+ ASEAN AirAsia" dalam usaha melonjak pelancongan serantau dengan pengalaman perjalanan yang terbaik.

AirAsia berkata, pemegang "Pas ASEAN" dan "Pas+ ASEAN" boleh menikmati penerbangan pada kadar rata dengan lebih 148 laluan di seluruh 10 negara ASEAN.

Pas itu berfungsi seperti mata wang tunggal, mengurangkan karenah kadar pertukaran mata wang asing memandangkan penerbangan dinilai mengikut kredit, membolehkan pelanggan menjadi kreatif dalam merancang perjalanan mereka melalui ASEAN.

Pas berkenaan boleh didapati mulai 23 Februari di wwww.airasia.com, dengan "Pas ASEAN" dijual pada harga RM499 untuk 10 kredit, manakala "Pas+ ASEAN" berharga RM888 dengan 20 kredit.

Penerbangan yang mengambil masa bawah dua jam dinilai dengan satu kredit, manakala penerbangan melebihi dua jam dan ke atas dinilai dengan tiga kredit tanpa dikenakan bayaran memproses bagi penebusan penerbangan menggunakan kedua-dua pas berkenaan.

Bayaran dan cukai lapangan terbang serta bayaran lain perlu dibayar berasingan.

Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, pas berkenaan membolehkan syarikat tersebut menjadi penghubung dan menarik lebih ramai pelancong asing ke rantau itu, pas tersebut juga merupakan instrumen sempurna untuk mempromosikan penyepaduan ASEAN.

(sumber Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China