Cari:
Malaysia, Kemboja Perkukuh Kerjasama Pertahanan
2015-02-24 13:21:58 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Nasional Kemboja menandatangani Surat Hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam pertahanan antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, surat itu menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan hubungan kalangan rakyat melalui kerjasama ketenteraan. Selain latihan tentera, kerjasama tersebut termasuklah pertukaran kakitangan, perkongsian maklumat dan penggunaan kemudahan.

Hishammuddin menghadiri mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Kemboja dan Menteri Pertahanan negara itu, Jen Tea Banh di Phnom Penh, Kemboja semalam.

Beliau berkataļ¼Œoleh sebab terdapat keperluan bagi kerjasama yang berterusan dan efektif demi kepentingan kedua-dua negara, kedua-dua kementerian berkenaan akan berusaha untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk merealisasikan dan melaksanakan kerjasama pertahanan antara Malaysia dengan Kemboja.

Menurut beliau, semasa mesyuarat dua hala, kedua-dua kementerian juga bersetuju untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk memajukan lagi bidang-bidang tertentu bagi faedah bersama.

Hishammuddin berkata, beliau dan Banh bersetuju bahawa usaha-usaha Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di rantau ini perlu dikongsi bersama antara semua negara anggota ASEAN.

(sumber Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China