Cari:
AS Buat Risikan terhadap Operasi Khas Polis Filipina
2015-02-25 13:34:32 CRI Cetak

Dewan Senat Filipina terus menjalankan siasatan terhadap pertempuran dengan militan antikerajaan yang menyebabkan 44 orang anggota polis khas terkorban di provinsi Maguindanao pada 25 Januari lalu. Pertempuran itu berlaku apabila pihak polis menjalankan operasi memburu pengganas yang bersembunyi di situ.

Komander Pasukan Khas Polis Filipina, Napeas, yang sudah dilucutkan jawatan mengesahkan bahawa AS pernah membuat risikan terhadap polis Filipina yang terlibat dalam operasi tersebut.

Menurut seorang senator Filipina, terdapat pesawat tanpa juruterbang yang menyediakan maklumat dari udara kepada pusat komander polis khas Filipina, di samping itu terdapat juga pegawai tentera AS yang berada dalam pusat komander tersebut.

Bagaimanapun, Napeas berkata anggota tentera AS tidak menyertai pertempuran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China