Cari:
250 Mantan Anggota Parlimen Thailand Didakwa
2015-02-25 14:22:48 CRI Cetak

Suruhanjaya Antirasuah Negara Thailand semalam mengemukakan dakwaan terhadap sekurang-kurangnya 250 orang mantan anggota parlimen yang menyokong pindaan Perlembagaan bagi mengubah sistem pemilihan senat negara itu pada 2013. Suruhanjaya antirasuah itu akan menyerahkan cadangan kepada Majlis Perundangan berhubung pelucutan keanggotaan terhadap 38 orang mantan anggota parlimen yang akan diundi pada 13 Mac nanti. Jika cadangan itu diluluskan, mereka akan dilarang daripada menceburkan diri dalam politik untuk masa 5 tahun akan datang.

Antara 250 orang mantan anggota parlimen itu 223 orang adalah daripada Parti Pheu Thai. Sekiranya mereka dilarang daripada menceburkan diri dalam arena politik, Parti Pheu Thai bakal menghadapi tempias yang hebat dalam pilihan raya akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China