Cari:
Thailand Siap Sekat Tunjuk Perasaan
2015-02-27 12:37:20 CRI Cetak

Rang undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Thailand kepada parlimen bukan bermakna untuk melarang tunjuk perasaan, tetapi bertujuan untuk menyekat aktiviti tunjuk perasaan dari segi masa, tempat dan cara bagi memelihara ketenteraman awam. Demikian dinyatakan oleh jurucakap kerajaan Thailand, Winthai Suwari semalam.

Menurut Majlis Legislatif Negara Thailand, jika rang undang-undang tersebut diluluskan, penduduk awam dilarang mengadakan demonstrasi di hadapan mahkamah, bangunan parlimen dan pejabat Jabatan Perdana Menteri. Di samping itu, penunjuk perasaan perlu memaklumi pihak polis 24 jam sebelum mengadakan demonstrasi.

Rang undang-undang itu telah diluluskan dengan majoriti setuju oleh Majlis Legislatif dalam perbahasan pusingan pertama, dan masih perlu diluluskan dalam perbahasan pusingan kedua dan ketiga sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China