Cari:
Siswa Filipina Tuntut Aquino Letak Jawatan
2015-03-02 13:17:47 CRI Cetak
Media Filipina melaporkan bahawa Persekutuan Pelajar Nasional Filipina, Perikatan Pelajar Filipina dan pertubuhan belia, Anakbayan baru-baru ini bersama-sama mengadakan tunjuk perasaan di Metro Manila serta bandar Baguio, Davao, De Oro, provinsi Cagayan untuk menuntut Presiden Benigno Aquino III meletakkan jawatan.

Presiden Anakbayan, Vencer Crisostomo berkata, lebih seratus pertubuhan belia dan pelajar dari pelbagai daerah di Filipina menyertai tunjuk perasaan tersebut dan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan yang lebih besar.

Jurucakap pemimpin pelajar Filipina dalam kenyataannya menuduh kerajaan Aquino menyembunyikan kebenaran dan berniat untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab dalam kes yang melibatkan 44 anggota komando polis yang terbunuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China