Cari:
Malaysia Haramkan Peniaga yang Tidak Berdaftar
2015-03-02 13:21:02 CRI Cetak
Kerajaan Malaysia semalam mula menjalankan operasi untuk mengharamkan peniaga yang tidak berdaftar untuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Perlis. Operasi tersebut akan dijalankankan di negeri-negeri yang lain pada 2 Mac ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia meminta syarikat yang mempunyai pembekalan bercukai melebihi RM 500 ribu mesti berdaftar di jabatan tersebut untuk membayar GST. 28 Februari lalu merupakan hari terakhir untuk berdaftar. Peniaga yang gagal mendaftar akan didaftarkan secara paksaan dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka. Mereka boleh didenda RM 15 ribu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China