Cari:
China, Singapura Tingkat Kerjasama Dua Hala
2015-03-02 15:42:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kedutaan Besar China di Singapura baru-baru ini mengadakan majlis jamuan untuk menyambut Ulang Tahun ke-25 terjalinnya hubungan Diplomatik China dan Singapura.

Duta Besar China ke Singapura, Duan Jielong, dalam ucapannya berkata kerjasama ekonomi dan perdagangan China dan Singapura berkembang pesat sekarang, begitu juga pertukaran serta kerjasama dua hala dalam bidang kebudayaan, kesenian, sukan, pelancongan, penyiaran dan perfileman. Beliau berpendapat kerjasama kedua-dua negara akan dipertingkatkan melalui ulang tahun ke-25 tersebut.

Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Teo Ser Luck, dalam ucapannya menyatakan seiring dengan industri perkhidmatan China terbuka kepada perusahaan asing dan dasar China terhadap pelabur asing lebih longgar, Singapura dan China dapat mencari lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang seperti rancangan pembangunan bandar dan pekan, logistik dan perkhidmatan profesional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China