Cari:
Menteri Kewangan ASEAN Bincang Pendekatan Penubuhan Komuniti ASEAN
2015-03-02 17:44:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Kewangan sepuluh negara anggota ASEAN mengadakan mesyuarat yang berlangsung selama dua hari di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 28 Februari lalu. Para menteri bersama-sama membincangkan langkah-langkah untuk menubuhkan komuniti ekonomi ASEAN bagi meningkatkan penggabungan ekonomi negara Asia Tenggara.

Dimaklumkan, agenda utama mesyuarat kali ini adalah membincangkan beberapa masalah yang perlu diselesaikan demi penubuhan komuniti ASEAN serta mengemukakan cadangan dan langkah agar keputusan berkenaan dapat dibuat dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal diadakan pada akhir bulan April di Kuala Lumpur.

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN(ABAC), Munir Majid memberitahu wartawan, tokoh-tokoh sektor ekonomi negara anggota ASEAN bersikap optimis terhadap penubuhan komuniti ekonomi ASEAN. Negara-negara ASEAN akan mempunyai pasaran dan pangkalan pengeluaran komoditi yang diintegrasikan berikutan penubuhan komuniti ekonomi ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China