Cari:
Aquino Enggan Mohon Maaf Kes Komando Terbunuh
2015-03-03 13:35:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jabatan Presiden Filipina semalam menyatakan Presiden Benigno Aquino III tidak akan memohon maaf berhubung dengan kes yang melibatkan 44 anggota komando polis yang terbunuh.

Jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda berkata, Aquino menyertai operasi penangkapan yang dilancarkan pihak polis di pekan Mamasapano, wilayah Maguindanao hanya secara dasar, bukannya secara penguatkuasaan. Oleh itu, beliau tidak melanggar peraturan berkenaan.

Selepas kes tersebut, Komander Pasukan Operasi Khas Polis Negara Filipina, Napeas, yang mengarahkan operasi tersebut telah dilucutkan jawatannya oleh pihak berkuasa Filipina. Selain itu, Ketua Pengarah Polis Negara Filipina, Cesar Purisima, juga terpaksa meletakkan jawatan. Jawatankuasa Penyiasatan Polis Negara Filipina sedang menyiasat kebenaran kes tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China