Cari:
Yang Di-Pertua Negeri Melaka Gesa Kerajaan Negeri Tingkat Kerjasama Persahabatan dengan China
2015-03-03 14:14:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Mohd Khalil bin Yaakob ,semalam menggesa kerajaan negerinya memperkasakan persahabatan dengan China bagi membolehkan Melaka menyertai ekonomi dan perdagangan "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21", sekali gus menggalakkan perdagangan dua hala pada masa depan.

Ketika menyampaikan ucapan dalam Parlimen Negeri Melaka, beliau berkata, sekiranya Melaka disenaraikan dalam "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21", negeri itu dapat secara terus dihubungkan dengan pelabuhan utama daripada 40 buah negara di dunia dan akan menjadi salah satu pelabuhan utama di seluruh dunia.

Beliau menambah, kerajaan China sentiasa mengutamakan Melaka dan beberapa bandar di China telah menjadi bandar kembar dengan Melaka. Kerajaan negeri Melaka dituntut mengambil peluang tersebut bagi memacu pertumbuhan ekonomi Melaka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China